Pages

Nasi Daging Utara



Assalamualaikum semua....

Rasanya dah lama tak ada N3...bukannya apa, broadben ni lembab sgt...tu yang nak masuk N3 pun malas. Bila dah masuk plak ada ja gangguan dari si kakak dan si adik tuu...nak tunggu depa tidoq sekali ...dengan mama depa sekali tidoq...

Cerita pasal Nasi Daging ni, sebenarnya resepi asal dari ayahanda saya...Nasi daging ni femes seblah utara tapi kalau seblah selatan nuu tak atau plak..Nasi daging ni simple sebab dimasak sekali dengan daging dan bila nak makan dihiris daging nipis2 dan di makan bersama air asam tomato kerisik, dalca dan juga acar timun...memang sedappp.....pada sapa2 yang nak cuba..ni resepinya...

Bahan-bahan.
Bahan A-Homemade serbuk nasi daging
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis

    ****semua bahan2 diatas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing.Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk.Simpan didalam bekas kedap udara.

BAHAN-BAHAN untuk Nasi:-)

  • 1 kg daging batang pinang-potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
  • 6 cawan beras basmathi-direndam 15-20 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah - di hiris @ di tumbuk halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu seperti resepi di atas.
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 7 1/2 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan tomato soup
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang @ daun sup untuk hiasan
  • Hirisan daun sup, untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
  • Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
  • Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
  • Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
  • Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
  • Masukkan beras dan masak bersama2 daging tadi.
  • Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak @ pindahkan ke dalam rice cooker , kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi masak.
  • Bila nasi betul2 masak, keluarkan daging, gemburkan dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
  • Sebelum dihidangkan hiris nipis2 daging tadi dan boleh dihidang bersama "air asam tomato kerisik"dan juga "acar timun"....Selamat mencuba..

1 comments:

Zack said...

Mohon halalkan ilmu resepi ni ya